Monday, October 26, 2015

Transfer chat backup dari Android phone ke Android phone

Artikel ini bertujuan untuk memudahkan para pembaca memahami langkah demi langkah untuk memindahkan chat history dari telefon lama ke telefon baharu (android ke android).

Jika anda seorang pengguna telefon jenama Apple,anda hanya perlu backup chat ke icloud dan selepas itu restore dari icloud. Application WhatsApp akan secara automatik meminta anda untuk restore backup jika anda berpindah dari telefon iphone ke iphone.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memindahkan chat history dari android ke android. Telefon yang saya guna ialah Sony Xperia(telefon lama)ke Samsung J7(telefon baharu).


Phone Lama
Langkah pertama :Backup Chat.
- Pergi ke WhatsApp -> Menu -> Settings-> Chats and Calls

Copy folder Whatsapp ke memory card atau ke computer.
Folder whatsApp tersebut berada di internal memory dan bukannya di memory kad.




Phone Baru (new phone)

Transfer folder WhatsApp tadi ke internal memory(phone memory). Letak di root memory.

Apa itu root memory ; ruangan utama di dalam memory dan bukannya terletak didalam mana-mana folder.


Cara-cara, install file manager atau apa-apa file manager yang ada Google Play. Salah satu contoh applikasi ialah File Manager atau File Explorer.

Buka File Manager, cari folder backup “whatsapp” tadi, click Move. Pergi ke Internal Memory, Move here.

Keypoint disini : dari memory card ke Internal memory. Jika anda copy dari komputer terus ke internal memory, anda mungkin tidak akan berjaya kerana system telefon akan melindungi data dari diubah. Jadi adalah lebih baik pindahkan dahulu dari komputer ke memory card dan seterusnya ke internal memory.

Sekarang anda sudah pon memindah/transfer backup tadi ke Internal Memory.

Sekarang pergi ke Google Play, install Whatsapp. Setelah selesai install WhatsApp, buka WhatsApp tersebut dan anda akan ditanya untuk “restore” backup. Click Restore dan anda telah pon Berjaya pindahkan chat backup dari telefon lama ke telefon baharu.

PENTING
Adalah penting untuk anda memindahkan/transfer terlebih dahulu backup folder tersebut sebelum install applikasi WhatsApp. Jika anda tersalah langkah, anda kena remove dahulu applikasi WhatsApp dan selepas itu install semula.

 
 
 
 
 
 

2 comments:

che qema said...

Berapa harga samsung J7??? Saya harap cik nie dapat buat article ni utk post yg akan dtg..😄

shawn said...

Harga RM999. Boleh didapati di mana-mana samsung Authorize dealer.